Medical Card - Dulu dipertikaikan. Diperlekehkan.

12:01 AM

Assalamualaikum and hi dear readers,


tengok title kat atas. dapat teka tak ni pasal apa?



Yes. medical card. Dulu sebelum cikja masuk praktikal dekat petronas, petronas mintak sediakan insurans pelajar sepanjang join praktikal dekat tempat dorang. Dan cikja ni dengan gigihnya tanya kawan, "korang, kita dapat insurans kan sepanjang praktikal? sebab company nak" then ada one person replied, "kenapa awak tade medical card ke? tade insurans sendiri?"


hmm weh deep wehhhh. Deep sampai ke tulang rusuk. EH.

Cikja bukan dari family senang. Maa abah dulu tak mampu nk provide medical card ni. Kalau sakit, pi government je or paling teruk baru pi swasta. Anak ramai, nak ada semua medical card, sakit jugak. Even abah dengan maa pun tade. Sejak dari tu, cikja nekad nak apply sendiri medical card tanpa susahkan maa abah.

Alhamdulillah, now cikja dah ambik takaful ikhlas,  bulanan 200. Ni cover terus ladies secure punya. Penyakit perempuan. Yang bestnya medical card ni manfaat untuk kita bila sakit dan bila dah tade. Nak cakap diri sendiri ni berharta, memang tak la. So dengan medical card ni, kalau one day ditentukan untuk warded sebab sakit ke apa senang, sebab dah terjamin. Dan kalaupun dah tade nanti, at least ada lah pampasan sikit kepada pewaris.

Kenapa sekarang dah kena ada medical card? sebab kita tak tahu apa takdir untuk kehidupan akan datang. kalau company cikja sekarang, ad medical punya benefits, tapi mungkin tak cukup untuk cover bila warded. Itu mungkin untuk sakit yang biasa macam demam dan sebagainya. So, ambik action yang bijak dan awal, pilih lah medical card yang sesuai. Kalau mampu rendah, ambik yang rendah, kalau mampu bayaran bulanan tinggi, ambik yang tinggi. Ikut kemampuan masing masing, tak ada pun orang paksa :)


p/s : Masa depan kita, tak pernah kita tahu. Itu semua rahsia Allah, cuma kita perlu bijak merancang dan usaha sebaiknya kerna Allah adalah sebaik-baik perancang.

Till then,

Sincerely,
Suhaiza.

You Might Also Like

1 comments

  1. penting kena ada perlindungan.. sekarang lagila perlukan insurance dan medical card. semua belanja pun mahai2.. xpe la melabur untuk kesihatan..

    ReplyDelete

Hello There! :)

Like us on Facebook